Setelah selesai membuat check-in bagasi, terus masuk untuk urusan Imigresen & Kastam. Kemudian terus ke ruangan menunggu untuk boarding. Anda boleh solat di surau ruangan menunggu (jangan solat di surau di luar ~ ini untuk menjaga masa). Jika anda mahu makan atau minum juga ada di kawasan ruangan menunggu
Penting !! – 20 minit sebelum berlepas pintu ruangan menungu akan ditutup & tidak dibenarkan masuk pesawat. Oleh sebab itu penjagaan masa amat penting.
Ingat slogan ini selalu: “Biar datang awal daripada terlepas penerbangan”